Jualan tinggi tidak semestinya untung besar
NewFeatured

Setiap perniagaan sememangnya ingin maju, berjaya dan berkembang. Namun, persoalannya, adakah setiap peniaga benar-benar bersedia dan mempunyai pengetahuan untuk mengurus kewangan perniagaan dengan baik?

Faktor Selain Jualan & Keuntungan

Hakikatnya, kejayaan sesebuah perniagaan bukan hanya bergantung kepada jumlah jualan atau keuntungan yang diperoleh.

Pengurusan kewangan yang baik juga memainkan peranan penting untuk memastikan perniagaan dapat bertahan dan berkembang dalam jangka masa panjang.

Ingatlah, jualan yang tinggi tidak semestinya menjamin keuntungan yang besar — Propitious Advisory

Keuntungan yang besar pula tidak semestinya bermakna aliran tunai perniagaan berada dalam keadaan baik.

Kesimpulan

Sebagai seorang usahawan, anda bukan sahaja perlu bijak menjual produk atau menawarkan perkhidmatan, tetapi juga perlu bijak mengurus kewangan.

Perniagaan yang diurus dengan baik dari segi kewangan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk terus maju dan berkembang.

0 0 votes
Article Rating

Overview

  • Update Type: Services Announcements
  • Company Name: PROPITIOUS Mind Solutions
  • Target Audience: B2B (Business to Business)
  • Update Scope: Problem Solution

Features:

  • Mengasingkan wang perniagaan dan wang peribadi – Elakkan menggunakan wang perniagaan untuk perbelanjaan peribadi.
  • Merekod setiap transaksi – Catat semua jualan, pembelian, perbelanjaan dan pendapatan.
  • Menyediakan bajet – Rancang perbelanjaan supaya wang digunakan dengan bijak.
  • Memantau aliran tunai – Pastikan wang masuk mencukupi untuk membayar komitmen perniagaan.
  • Mengetahui untung dan rugi – Jangan hanya melihat jumlah jualan, tetapi fahami keuntungan sebenar.
  • Menyediakan simpanan kecemasan – Bersedia menghadapi keadaan tidak dijangka.